Jumaat, 3 Januari 2014

Kasih Seorang Ayah Terhadap Anakya

sunyi saat merenung tahun 2013 telah berlalu..rindu pulak kat arwah abah yg telah pergi pada tahun 2012...sudah 1 tahun lebih dia meninggalkn keluarga..teringat pulak kisah dia..pada tahun 2010, saya telah menerima keputusan PMR , dan alhamdulillah saya mendapat 7A 1B , selepas mengambil keputusan peperiksaan di sekolah,saya terus balik ke rumah, saya terus menunjukkan keputusan PMR saya kepadanya,saya dapat melihat riak wajahnya yang sangat gembira pada masa itu,masa itu abah saya lumpuh separuh badan akibat strok dan tidak mampu untuk bercakap tetapi saya tau,dengan riak wajahnya,dia gembira dengan keputusan PMR saya..tiba2 dengan keadaan yang tidak dapat berjalan itu,dia mengesot untuk ke almari yang berada di depannya dan mengeluarkan duit sebanyak RM20 untuk diberikan kepada saya sebagai hadiah..duit itu adalah hasil daripada ehsan orang kampung yang bagi sebagai sedekah,abah saya simpan..walaupun dalam keadaan begitu,dia tetap ingin memberi sesuatu sempena kejayaan saya..masa tu,rasa macam sebak sangat,terharu sangat..begitu kasihnya seorang ayah terhadap seorang anak..saya rasa macam hendak menangis tapi saya tak akan menangis di depannya,saya terus masuk dalam bilik supaya dia tak tengok yang saya menangis..sayang abah sangat sangat...tahun 2013,saya terima keputusan SPM,alhamdulillah,keputusan yang tidak mengecewakan,tapi masa tu,abah dah tak ada..saya tak dapat nak kongsikan saat2 saya mendapat result spm bersamanya..  Dan sekarang,saya dah masuk IPTA ,berkat doa abah dulu.. anak abah dah berjaya sekarang.. ;-)

Ini pulak kisah abang saya.. suatu hari abang saya balik rumah cuti mid sem..setelah tamat cuti,abang saya kena berangkat ke stesen bas untuk balik ke tempat pengajiannya..abang saya bersalaman dengan abah ..tiba2 dia cuba slongkar almari yang brada di depan dia..dia mgeluarkn sedikit wang dan trus mghulurkn kepada abang saya untuk buat blanja..tapi abang saya menolak dia tetap memaksa..terasa sebak di dada..walaupun dia tidak mampu berkerja..lumpuh separuh badan dan tidak boleh bercakap..tapi dia masih cuba ingin jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa..walaupun sementara..kami bangga dengan abah..terima kasih ya ALLAH kerna memberi ku seorang bapa yang cukup hebat walaupum sementara...semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman...amin!!!..

kepada yang masih ada ayah tu..jaga lah mereka selagi masih ada..berbakti la sebanyak mungkin..kerna ayah la hero kita..Begitulah hebatnya Kasih Seorang Ayah..